Tuesday, September 16, 2008

Response to Pembela Melayu

"Saudara,

Jika orang yang melaporkan kenyataan berbaur perkauman yang dibawa oleh Ahmad Ismail ditahan dibawah ISA...adakah ia bermaksud orang yang mengapi-apikan isu ini juga wajar ditahan di bawah ISA?

Fikir-fikirkanlah sejenak, renung-renungkanlah sesaat.Jika DAP, PKR benar-benar begitu rasis,di manakah pekik lolong orang yang ditindas?Mungkinkah kerana ketandusan isu, maka isu yang kecil diperbesarkan dan isu tidak pernah timbul direka-reka?

Ikhlas saya minta, janganlah termakan dakyah golongan tertentu yang hanya menjaga kebajikan taulan politik semata-mata, tetapi bertopengkan hak rakyat.Yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menjolok sarang tebuan semata mata untuk mendapat publisiti murahan dan mengalihkan perhatian umum daripada masalah dalaman yang merobak-rabikkan parti sendiri.

Manusia dicipta dengan akal, boleh membuat penaakulan dan pertimbangan sendiri.Bila mendengar berita, cerita atau khabar angin, halusi sendiri, siasatlah isi kandungan sebelum kesimpulan dibuat.

Bukankah fitnah itu lebih kejam dari membunuh?

1 Comments:

Blogger Yakuza said...

how about teresa kok case?

2:53 PM  

Post a Comment

<< Home